Thursday, March 5, 2009

Lemon Yoghurt Muffin



Salam semua... semalam aku dok buat Lemon Yoghurt Muffin ni. Saja nak perabis yoghurt kat esbox tu. Kang takut expire, rugi jer kan. Nak makan yoghurt tu gitu2 jer, alahai tak leh nak masuk tekak lak hehehe. Resepi Muffin ni aku amik dari RinnChan. Lepas buat jer, anak2 lah yang kasi perabis kat umah ni...Alhamdulillah. Pagi tadi pun my laling siap bawak pegi opis lagi, so tinggal dua ketul jer kat umah, cukup ler untuk aku ngan Haqim share sorang satu pagi ni hehehe. Jom kita tengok resepi yer :-)



Lemon Yoghurt Muffin

Bahan-bahan:
200 gm self raising flour
1 sudu teh baking powder
1/2 biji lemon (perah jusnya)
140 ml yoghurt plain
100 gm gula castor
100 gm butter
2 biji telur
secubit garam
sedikit parutan kulit lemon untuk hiasan

Cara-cara:
1. Cairkan gula castor dan butter secara double boiler. Kacau menggunakan hand whisker sahaja. Sejukkan seketika.
2. Campurkan yoghurt, jus lemon dan telur ke dalam bancuhan butter dan gula tadi.
3. Ayak tepung , baking powder dan secubit garam.
4. Masukkan tepung kedalam adunan butter, dan kacau sekadar rata sahaja.
5. Sudukan adunan kedalam papercups dan bakar pada suhu 180 C selama 20 hingga 25 minit.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...