Kek Kukus Wangi




Hai.... salam semua hehehe. Sori lama tak update resepi kan. Nak kata apa erk.... malas kot hahaha. Entah lah.... bukan malas dan bukan tak masak tapi.... lu pikir lah sendiri (ni pinjam ayat Nabil jap) hahahaha. Resepi kek kukus wangi ni aku amik dari HaSue di MyResepi. Kalau ada yang pernah buat eloklah, tapi yang belum tu mehlah cuba kek ni yg sedap dan cepat untuk disediakan. Resepi aku CnP jer dari MyResepi. Jom skodeng resepi ni yokkkkk!!


Kek Kukus Wangi
Resepi dari MyResepi.com

Bahan-bahan: (utk 1 loyang 8x8 / 20cm)
330 gm mentega/marjerin
2 gelas/cawan gula
6 biji telur gred A (gred C kena gunakan 7 biji)
1 penutup botol perisa pisang
2 1/2 gelas/cawan tepung gandum
Sedikit pewarna hijau dan kuning
1 bungkus haw flakes/manisan keranji yang dipatahkan kecik2, gaul dengan sedikit tepung (optional je.. tak nak letak takpe, tapi kek lagi cantik kalau letak ler)

Cara-cara:
1. Pukul mentega/marjerin dengan gula dan masukkan telur satu persatu.(Pukul sebati baru masukkan telur seterusnya)
2. Kemudian masukkan perisa pisang, gaul rata dan masukkan tepung gandum. Pukul hingga adunan sebati.
3. Bahagikan kepada 2 bahagian kemudian masing2 di warnakan hijau & kuning.
4. Tambahkan haw flakes yang dah dipatah halus ke dlm adunan kuning. (sila abaikan step ini kalau tak nak letak haw flakes).
5. Griskan loyang dengan mentega dan ditabur rata dengan tepung. Masukkan adunan ikut suka.. nak masukkan secara berselang seli ke.. nak masukkan habis adunan hijau baru masukkan adunan kuning pun boleh.
6. Pastikan air pengukus sudah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil ( atau letak kain atas penutup pengukus). Kukus adunan selama 1 jam 15 minit atau sehingga masak. ( nak tau msk ke tidak, cucuk lidi hingga dasar kek. kalo keluar bersih, tak ada kek melekat.. dah masak la tu) SELAMAT MENCUBA! :)

CT Delima

24 Responses to "Kek Kukus Wangi"

ain said :
Thursday, July 09, 2009 10:04:00 PM
cantiknya kek kukus tu kak. lawa aje tang kale kuning tu ha. siap beralun2. terer akak melapis.
blogresipi said :
Thursday, July 09, 2009 10:24:00 PM
Kak CT kalau buat kueh semua nampak mengancam jer... terliur nengokkan kek kukus cantek tue...
Cath J said :
Friday, July 10, 2009 12:14:00 AM
Menarik ni...harus di cuba.. ^_^
CT Delima said :
Friday, July 10, 2009 6:51:00 AM
ain...kalau beralun tu jiwa orang yang buat tenah tak keruan lah tu hahaha
CT Delima said :
Friday, July 10, 2009 6:52:00 AM
Ijan.... mengancam tang mana tu..? tang kuih or orang nya hehehe
CT Delima said :
Friday, July 10, 2009 6:54:00 AM
Cath J...jom cuba jangan tak cuba gerenti tak menyesal :-)
Sis-Lin said :
Friday, July 10, 2009 10:03:00 AM
kek2 kukus ni le yg senang ek..nk bakar2 ni leceh nk jaga api dan suhu..hehehehe
CT Delima said :
Friday, July 10, 2009 10:50:00 AM
Lin...kukus ni ada gak payahnya..kalau kukus tu kecik harus tgk2 gak air tu kang rentung lak periuk tu hahahaa
ima said :
Friday, July 10, 2009 11:48:00 AM
sedapnye tengok kek kukus wangi ct...tentu sedapkan...bolehcuba gak ni...
Friday, July 10, 2009 4:29:00 PM
salam...cantiknya kek akk rasa nak cuba wat lak. mesti sedapkan kak?
Nanak said :
Friday, July 10, 2009 9:00:00 PM
malam rabu karang try buatlah..hehee
CT Delima said :
Friday, July 10, 2009 11:50:00 PM
Ima..meh lah cuba resepi ni..apa salahnya kita kongsi sama kan hehehe
CT Delima said :
Friday, July 10, 2009 11:52:00 PM
Azura... salam juga.cuba lah baru tau sedap ker tidak nanti :-D
CT Delima said :
Friday, July 10, 2009 11:52:00 PM
Nanak...bila dah buat nanti,bagitau k.ct okey :-D
Fadhlah said :
Saturday, July 11, 2009 10:41:00 AM
alahai...tak tahan masuk dapur kak CT nie
FiDa@aMiDa said :
Sunday, July 12, 2009 5:39:00 PM
salam kakct

cantik jadi lapis2 tu
kalau saya mmg surrenderlah lapis2 ni tak reti buat tau makan je
rinnchan said :
Sunday, July 12, 2009 6:01:00 PM
Suspen jerr...ingatkan ada bubuh minyak wangi dalam bahan2... sbb tengok nama kek kukus wangi he he he.. lawak jer naaa. Cantik kek CT...Sesuai dengan kalernya sekali.
CT Delima said :
Monday, July 13, 2009 1:07:00 PM
Fida....lapis tu pun nampak berombak2 coz main masuk semua sekali hehehe
CT Delima said :
Monday, July 13, 2009 1:08:00 PM
Rinn.....hahaha tu ler coz bau wangi tu lah yang tertarik nak mencuba resepi ni hehehe tr kasih Rinn
echah_syed said :
Monday, July 13, 2009 1:33:00 PM
hijau lumut sgt cun.. :)
CT Delima said :
Tuesday, July 14, 2009 7:13:00 AM
Fadlah....lama x jengah blog padlah..apa kata buat jer kek kukus tu hehehe
CT Delima said :
Tuesday, July 14, 2009 7:14:00 AM
Combi... hijau tu kan kedamaian, sejuk mata memandang kan..kan..
HaSue said :
Tuesday, July 14, 2009 5:53:00 PM
Thanks sudi cuba resepi ni yer kak..mmg mudah sangat nak mmbuatnya..kalo nak dijadikan buah tangan atau kuih muih untuk kenduri mmg sesuai sebab budget murah jer tp kek tetap lembut..harap memenuhi citarasa akak sekeluarga :)
CT Delima said :
Wednesday, July 15, 2009 11:56:00 AM
terima kasih ya Hasue..k.ct suka kek ni memang sedap dan lembut jer :-)

Post a Comment