Tart Buah a.k.a. Fruit Tartlet




Hari tu masa pegi Carrefour Wangsamaju, ternampak la Fruit Tartlet kat Deli' France confectionery outlet tu. My laling suka sangat makan tart buah. Tu yg semalam aku merajinkan diri utk membuatnya tu. Nak buat tart ni leceh sikit tapi hasilnya bak kata Amy Search, berbaloi-baloi!! Aku penah buat sekali tart ni dulu. Tapi utk memudahkan sesapa yg nak mencubanya kali ini, aku C&P resepinya kat sini lagi.


FRUIT TARTLET
Kredit utk Chef Alex Goh & RinnChan
Resepi dari Kak Zai


Bahan-bahan utk Kulit Tat:
(A) 200g mentega
100g gula ising
1/4 sudu kecil esen vanila

(B) 1 biji telur

(C) 420g tepung
1 sudu besar susu tepung

Cara membuat Kulit Tat:
1. Putar (A) hingga lembut. Masukkan (B) dan terus memutar hingga gebu.
2. Masukkan (C) dan gaul hingga doh yang lembut dan licin terbentuk.
3. Ambil sedikit doh dan tekankan ke dalam acuan tat. Potong lebihan di tepi-tepi acuan dengan pisau.
4. Cucukkan dasar tat dengan garfu. Bakar selama 12 minit atau hingga perang keemasan. Keluarkan dari acuan dan biarkan sejuk. Simpan di dalam bekas kedap udara.


Bahan-bahan utk inti Custard:
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung kastad* atau tepung jagung
8 sudu besar gula
2 cawan (500ml) susu segar
2 biji telur
2 sudu besar mentega
*(CT guna tepung kastard)

Cara membuat inti Custard:
1. Campurkan tepung gandum, tepung castard/tepung jagung dan gula ke dalam periuk. Campurkan 2 sudu besar susu dan kacau rata.
2. Masukkan telur dan kacau rata.
3. Tuangkan lebihan susu ke dalam bancuhan.
4. Masak di atas api perlahan dan kacau selalu agar bancuhan tidak berketul.
5. Bila bancuhan menjadi pekat dan bersinar, padamkan api dan biarkan sejuk.


Kaedah penyediaan Fruit Tartlet:
Masukkan inti custard dalam piping bag, picit kedalam kulit tat dan hiaskan dengan buah-buahan kegemaran.



CT Delima

12 Responses to "Tart Buah a.k.a. Fruit Tartlet"

E-na said :
Saturday, October 31, 2009 11:26:00 AM
Ada lagi tak tart ni kak...eerrm e-na nak 5 ketui...sedap tu sume kat umah ni sukeee...
blogresipi said :
Saturday, October 31, 2009 11:45:00 AM
Close up close up ginih rasa nk terkam je laaa tart tu Kak CT!!!
CT Delima said :
Saturday, October 31, 2009 2:29:00 PM
E-na :

Yang banyak kulit tart jer E-na, yang dah siap kastard tu dah pinis hehehe
CT Delima said :
Saturday, October 31, 2009 2:29:00 PM
Ijan :
alalala....sampai nak terkam2 ehh, meh bagi add k.ct pos ya ngeeee..
Fiza Nordin said :
Saturday, October 31, 2009 5:41:00 PM
salam k ct cayang...
arini pepagi subuh sapie dah bangun.ade tempahan tart buah2an dari org pj.alhamdulillah...tunggu isnin nnt baru masuk n3.

buah hiasan kite pun same ngan kak ct...mujur dapat cari stoberi.itulah daya penarik tart, kan...merah itu kan menawan...ye tak?eheheee
geraugebang said :
Saturday, October 31, 2009 8:25:00 PM
bestnyer buat sendiri.
Saturday, October 31, 2009 9:38:00 PM
tgk gambo akak ni cm mude jee..he he
nurindah said :
Tuesday, November 03, 2009 8:44:00 AM
Salam kak,
hmmm fruit tartlet. nampak comei jer ngan buah2 kat atas tuh. telan air liur dah ni.
CT Delima said :
Wednesday, November 04, 2009 11:13:00 AM
fiza nordin :
k.ct pun mmg suka tart ni fiza, cuma nak buat jer yang nak tak nak :-)
CT Delima said :
Wednesday, November 04, 2009 11:14:00 AM
geerau gebang :

kalau beli jer 3 dah 2hengget mahal tau.buat sendiri leh makan puas2 hehehe
CT Delima said :
Wednesday, November 04, 2009 11:16:00 AM
Mia sya aiy dyll :

panjang nya nama hehe.. k.ct dah 42 dik..tapi awet muda kot hahaha

nak petua awet muda ker ???
CT Delima said :
Wednesday, November 04, 2009 11:16:00 AM
nurinda :

jangan telan air liur..amik ler resepi cuba buat senang jer tu :-)

Post a Comment