Kuih Lapis
Hai.. Berhabuk dah Dapur CT ni sebab lama tak dibersihkan hehehe. Tak der ker yang rajin nak tolong vacuum kan kat sini ngeeee.... Memasak memang dah jadi kewajipan. Kadang2 buat kuih, kadang2 kek, muffin pun ada gak. Tapi nak mengupdate kat Dapur CT ni adui le malasnye hehe. Lagipun, memang sengaja aku kurangkan sikit aktiviti duduk di depan lappy ni, sebab anak dara aku nak exam SPM 18hb Nov ni, tinggal berapa hari jer lagi kan. kerisauan memanglah dirasai oleh semua mak pak dan anak tu sendiri. Jadi, minta maaflah kalau aku jarang nak jalan2 ke blog kawan2 semua. Harap dapatlah kawan2 semua mendoakan untuk anak aku dan juga anak2 yang lain yang akan menduduki exam SPM tahun ni. Okey2... dah lari tajuklah ni, kita citer pasal kuih pulaklah ya hehehe. Kuih lapis ni memang senang sangat nak buat, request dari my laling, buat lepas magrib kelmarin. Walau pun senang, aku nak kongsikan resepi di Dapur CT ni juga. Resepi kuih lapis ni, aku amik di MyResepi.com dari tulip77. Terima kasih ya sebab berkongsi resepi yang sedap ni.
Kuih Lapis
Sumber dari MyResepi
Bahan-bahan: (Guna loyang besar anggaran untuk 40 potongan kuih)
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula (boleh kurangkan kalau tak suka manis sangat)
1 sudu teh garam
2 paket santan serbuk (CT guna santan kotak)
1 sudu teh minyak masak
3 - 4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning / hijau etc.
4 cawan air
Cara-cara:
1. Dalam blender, masukkan gula, santan, tepung beras, tepung gandum, minyak, garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu dan tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.
2. Keluarkan adunan dari blender dan isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air, kacau rata.
3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning dan satu lagi dengan pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
4. Untuk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dengan sedikit minyak dan letak plastik cling. Masukkan 2 cawan adunan warna kuning dan kukus selama 5 minit.
5. Lepas 5 minit, masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2 minit. Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
6. Lapis yang terakhir warna hijau dikukus selama 20 minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
7. Dengan hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Untuk lebih kemas, kuih ini boleh dipotong dengan benang dan setiap lapisan kuih ini boleh dibuka :-)
8. * Jika guna loyang non stick, tak perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dengan minyak.

















12 Responses to "Kuih Lapis"
Apa khabar kak? moga anak kak CT diterangkan hati dan mudahkan urusan ulangkaji. Insya Allah, segalanya akan baik.
good luck utk anak akak...moga Allah permudahkan dia hadapi SPM dan dpt keputusan yg baik.
alhamdulillah dah sihat dr selsema ni. anak dara k.ct lak yang x berapa sihat.maybe cuaca yg tak menentu kot.moga dia cepat sembuh. dah nak exam ni kan.
hai..hai..hai..hehehe. k.ct dah okey. ain dah okey ker tu.kena banyak bersabar ya bila hubby tak der ni dugaan tu ain. tr kasih doa untuk lily ya ain. moga dia akan berjaya dan sentiasa menjadi idola adik2 yang lain..aminn
p/s kuih dah habis lahhh..sori ehh hehehe
tr kasih... moga2 doa dr kawan2 semua sampai kepada nya..aminnn
ohhh..suzi dah nak balik M'sia ya. semoga selamat sentiasa. insyAllah jika dipanjangkan umur dapat lah jumpa ya.
tr kasih mendoakan untuk anak k.ct juga :)
Psst, mcm pelangi kaler kuih lapis tu.. cantik :)
Post a Comment